Saturday, October 17, 2009

kukubesi SHOW


10 oktober 2009 (Ahad),

hari cuti yang aku sacrifice sebab nak bawak bebudak aku pi tengok pameran kukubesi kat wisma bentley, sebelah IKEA PJ. So kiteorang nih sampai sana lebih kurang kol 10.30, tunggu geng2 kukubesi nih tak sampai lagi...so aku wat keputusan kasi bebudak nih berjalan sampai kul 2, then berkumpul balik kat wisma bentley kul 2 hari yang sama gak. Kul 2 still graphic artist tarak, so kiteorang pun just view pameran nih secara membabi buta, tanpa guide. Tapi tak kecewa gaklaaa sebab ader band tengah perform masa tuh...so kiteorang wat laaa sesi photoshot untuk band nih. lebih kurang kul 3, kiteorang chaw gi tangkap gambar kat tugu negara dan taman tasik perdana...secara instant aku buat pertandingan photography dengan hadiah wang tunai RM 50. Walaupun trip nih agak mengecewakan tapi...ader tapi tuh, gua berjaya mengontact mamat kukubesi pada isnin berikut untuk mengadakan show dan pameran di kolej gua...dan paling best mamat nih bagi offer pada bebudak aku untuk kelas photoshop extensive dengan harga RM200 sekepala..aku apa lagi setuju jeklaaaa, rezki murah jangan ditolak beb...so bebudak kelab grafik fotografi nantikan kemunculan kukubesi di kolej anda pada semester hadapan.....tungguuuuuuu


http://www.kukubesi.com/

BASSS....!!!!!!!


KPTM IPOH dah ada BAS???...bukan lagi angan-angan, tetapi suatu impian yang menjadi kenyataan....bertarikh pada 13 Oktober 2009 KPTM KCI telah menerima bas yang ditunggu-tunggu selama bertahun. Bangga gaklaaa aku bile petang selasa tuh nampak bas nih, tanpa memikirkan bini aku yang sedang menunggu...aku terus naik bas nih dan mintak abang yus reverse bas nih, jadik laaa dah kemaruk sangat nak naik bas nih....bas nihlaa bakal kenderaan terbaru aku untuk mengerakkan kelab grafik dan fotografi aku, so syukur sangat bila nampak bas nih jadik betul...ape-ape pun aku harap bebudak KPTM IPOH silalah jaga bas nih dengan baik, kepunyaan kita bersama....


Thursday, October 15, 2009

Bukit Tinggi + Genting


first entry nih aku nak cerita pasal aktiviti aku ngan bebudak aku last week....sesi photoshot dekat colmar bukit tinggi and genting...tujuan aktiviti nih aku set, sebab nak bebudak aku enjoy outing sambil berkarya menggunakan kamera...paling penting aku nak budak aku share skil antara satu sama lain, so biar power bersama-sama...bukan macam sesetengah spesis tuh power sorang2 then berlagak macam dia paling terer di donia...so teknik yang digunakan ialah mengumpan bebudak aku dengan RM100 cash for gambar yang paling cun, hopefully diorang dapat bagi aku gambar yang cunlah...dapat jugak aku buat pameran di kolej aku yang kecil-kecilan nih

Lately nih aku nampak graphic development kat kolej aku nih makin nak maju berdikit-dikit, so harap dengan usaha aku yang tak seberapa nih...dapat jugaklah aku menjana kepala otak bebudak nih....akhir kata majulah KPTM untuk negara.




Kalau nak tengok gambar lagik, silalah view deviantart aku http://shazli.deviantart.com/